:
Bilangan Kakitangan
Share:


BILANGAN

PECAHAN

NO.

Kakitangan

Coach 

Lelaki

Perempuan

01

6

2

4

4

Seperti data diatas, jumlah kakitangan di Akademi Tahfiz Nurul Quran adalah seramai tujuh (6) orang. Setiap kakitangan diberikan amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas operasi harian secara berjemaah. Setiap kakitangan akan memegang portfolio yang berlainan dimana pembahagian tugas dikategorikan dibawah empat tunjang hal ehwal iaitu Hal Ehwal Pengurusan (Management Affairs), Hal Ehwal Ibubapa (Parent Affairs), Hal Ehwal Pelajar (Student Affairs) dan Hal Ehwal Guru (Teachers Affairs)

Adalah menjadi tanggungkawab mudir memegang portfolio Hal Ehwal Pengurusan (Management Affairs) dimana hal yang berkaitan dengan arahan pihak tertinggi serta memastikan setiap keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan disampaikan kepada kakitangan tahfiz yang lain. Mudir juga bertanggung jawap memastikan perlaksanaan harian tahfiz berjalan lancar. Mudir juga memegang portfolio Hal Ehwal Guru (Teachers Affairs) dalam menentukan pembahagian tugasan mengajar dan aktiviti dalam/luar tahfiz dibahagikan dengan adil dan saksama.

Sementara itu bagi portfolio Hal Ehwal Ibubapa (Parent Affairs) dan Hal Ehwal Pelajar (Student Affairs) dibahagikan sama rata kepada semua kakitangan yang lain agar kemahiran seperti ilmu pengurusan, rekod kewangan dan sebagainya dapat dibina dalam membangunkan karier masing-masing. Pihak tahfiz juga melantik Coach luar secara part-time basis untuk melaksanakan aktiviti memanah (archery) dan taekwando.