:
Pengenalan
Share:


Bismillahirrahmannirrahhi. Alhamdulillah. Seperti gambar rajah diatas pentadbiran sekolah kami diatas pendaftaran JAIS JLD.8 (10) diketuai oleh Ustaz Dato’ Haji Abdul Latif Bin Mohd Ali selaku penasihat kepada organisasi pentadbiran. Pengalaman beliau memberi khidmat kepada JAIS selama lebih daripada 20 tahun dan ditambah ilmu agama yang dimiliki makanya beliau terpilih menjadi penasihat utama kepada setiap pergerakkan dan pembangunan tahfiz.

Bagi melancarkan perlaksanaan penubuhan dan perjalanan tahfiz, pucuk pimpinan diwakilkan kepada Puan Wan Zaharah Binti Wan Mohamad selaku Pengerusi 1 dan Puan Intan Mastura Binti Mohd Salleh selaku Pengerusi 2 kepada Akademi Tahfiz Nurul Quran, Puchong. Portfolio Puan Wan Zaharah melibatkan bahagian pembangunan strategik, hala tuju, misi, visi dan pembangunan silibus/kurikulum akademik, deeniyah dan Al Quran secara keseluruhannya. Pengalaman beliau selama 15 tahun dalam bidang pengurusan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan konsultansi membuatkan beliau dipilih menerajui kepimpinan tahfiz. Bagi Puan Intan yang memegang Pengerusi 2, portfolio beliau lebih kepada bahagian operasi dan administratsi harian tahfiz agar ianya seiring dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dan tidak lari daripada garis panduan Kurikulum dan Model Pengajian Tahfiz di Institusi Tahfiz Negeri Selangor.

Bagi portfolio sokongan iaitu pengurusan kewangan pula dipegang oleh Puan Siti Jasmeen Binti Mohamad Hashim, Setiausaha dipegang oleh Puan Yang  Malina Binti Zaik. Bahagian sokongan peringkat pengoperasioan sekolah diketuai oleh En. Wira Bin Mohamed Salleh selaku pengurus dan seorang Ahli Jawatan Kuasa iaitu Ustaz Abdul Sattar Megat Husin.

Insya Allah dengan ikrar kami kerana Allah SWT, kami akan meneruskan khidmat selagi diperlukan.